Sunday, February 6, 2011


Doa Rabiatul Adawiyah :
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."


Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
cintakan diriMu
dan cinta kerana Engkau patut dicintai.
Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,
dan itu hanya milikMu

No comments:

Post a Comment