i love you!
mudahnya dia melafazkan kalimat itu.
susahnya saya menidakkan kalimat itu.
i love you?
dia kata hidupnya sunyi.
saya katakan padanya jika dia sunyi carilah Penciptanya...
kerana....
Dia sentiasa ada di sisi kita.
i love you!
saya biarkan kalimat itu terkapai-kapai mencari tuannya
kerana...
saya tidak mahu terjebak di dalam cinta manusia
saya abaikan sahaja kalimat itu
kerana...
saya hanya mendambakan cinta Ilahi...
i love you?
saya tidak mahu mengerti perasaan cinta dia
saya tidak mahu memahami kalimat itu
kerana...
saya ingin mengejar cita-cita sebelum cinta
i love you?
katakan ia bila sudah sampai masanya
katakan ia pada insan yang sepatut mendengarnya
katakan ia apabila saya menjadi halal untukkmu...
No comments:
Post a Comment