Kelegaan dan kegembiraan tatkala membaca buku pembimbing hati yang sedang berduka lara dan menempuh kesulitan dalam meredahi kehidupan di bumi Sang Pencipta. Buku karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni yg membuat wanita bahagia didlm agamanya serta merasai kenikmatan kurniaan Allah yg dianugerahkan kepada kita.Menjadi penemanku dikala hati dilanda gundah gulana. Dikala hati memerlukan pembimbing. Buku yg sarat dengan nasihat dan penguat semangat membuatkan kaum wanita merasa berbangga menjadi wanita. Apa lagi bila dia menjadi wanita solehah.
Diantara yang sering aku baca berulang kali untuk membimbing sedikit hati ini ialah:
- Cukuplah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah..mengambil sedikit intipati bermakna dalam emas pertama bahawasanya mulianya wanita itu kerana dia adalah wanita solehah..MasyaAllah…mulianya wanita solehah itu…hadith nabi s.a.w "apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat 5 waktunya dan memelihara kehormatannya nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya...-riwayat ahmad-
-Menjadi wanita paling anggun…wanita solehah itu dikalungkan dengan keanggunan terindah iaitu keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yg menutup wanita anggun ini..anggunnya wanita solehah ini…
-Ingatlah hati yang terluka dan airmata yang membasahi pipi. Mutiara kedua ini lah yg selalu menjadi penemanku dikala air jernih singgah dimata. Menjadi penguat aku bhwasanya Allah itu bukan saja2 memberi aku airmata ini. Menjadikan aku mengingat kembali yang “ ada lagi manusia yg besar ujiannya lebih dari aku tetapi mereka tetap tabah dan teguh menangkis ujian yg mendatang” ya Allah…maafkan aku kerana pernah tidak seteguh mereka…
-Tumpukan dirimu pada apa yang ada sekarang..ya betul!! Manikam ke 5 ini memberi aku peringatan bhwa peristiwa parah dan kesedihan yang menyeksa hati. Tetapi jadikan ia sebagai pengajaran yang kita sesali dan bertaubat..apa yang terbaik jalani kehidupan yg mendatang sebagai ganti hari-hari duka sebelum ini dgn perubahan ke arah kebaikan hati dan peribadi.
-Senyumlah untuk hidup….kristal ke10 memberikan sedikit senyuman untuk singgah dibibir ini. Biarlah di dalam hati duka macam mana pun tetapi biarlah insane lain gembira melihat kit gembira… Stephen gazzel mengatakan “ senyuman adalah 1 keharusan dalam bermasyarakat”.. tersenyum lah wahai wanita solehah kerana senyumanmu itu sungguh berharga untuk yg halal memilikimu… J
"jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari 1 bunga ke bunga yang lain, dari 1 tangkai ke tangkai yang lain dan dari 1 taman ke taman yang lain" Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
"jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari 1 bunga ke bunga yang lain, dari 1 tangkai ke tangkai yang lain dan dari 1 taman ke taman yang lain" Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
No comments:
Post a Comment