Saturday, June 25, 2011

untuk kamu mengerti.....(Bukan Kami Tak Sayang)

kamu yg kami sayangi......
kami marah bukan kami tak sayang
kami marah kerana kami sayang...
kerana kami sayanglah....
kami menghalang cinta palsu kamu dan dia....

kamu yg kami sayangi.....
jauhkan cinta hipokrit si dia...
jauhkan hati kamu dari hati si dia....
jauhkan diri kamu dari diri si dia....

kamu yg kami sayangi...
carilah redha ibu dan ayah...
jangan kau buta kerana cinta si dia...
cinta kepada dia tidak menjamin kamu ke syurga...
kerana cinta dan taat kamu kepada ibu ayah
akn menjadikan kamu ahli syurgaNya...

kamu yg kami sayangi....
mengertilah bahawa cinta manusia tidak kekal...
cinta padaNya kekal abadi selamanya...

kamu yg kami sayangi...
sesungguhnya kamu tahu membezakan mana yg buruk dan elok...
kamu tahu bezakan yg mana intan dan yg mana kaca...
tapi....
kami rasakan kini....
kamu BUTA!!
buta kerana cinta palsu si dia!!

kamu yg kami sayangi.....
sayang kami...
cinta kami...
kasih kami....
lebih kuat dan teguh berbanding cinta palsu si dia...

kamu yg kami sayangi....
cinta manusia x menjanjikan apa2...
cinta manusia itu sementara...
bila kamu cantik dia dekat....
tapi...
di mana dia apabila satu hari nanti kau tua dan hodoh????
di mana dia???

kamu yg kami sayangi....
bukalah matamu....
bukalah hatimu....
lihatlah siapa dia yg sebenar...
hanya....
seorang manusia yg memberi harapan palsu tanpa menjanjikan apa2!!!!

kamu yg kami sayangi.....
janganlah kau sakiti hati ibu dan ayah...
kami tidak mahu melihat titisan air mata mereka....

kamu yg kami sayangi....
ubati hatimu dengan  beristighfar
hiasi hatimu dengan taubat kepadaNya...
nasihati hatimu jgn melukakan hati kami...
kerana.....
kamu teramat kami sayangi....





Thursday, June 23, 2011

Apa Guna Berdendam???

"tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudaramu" (surah fussilat:34)


mak pernah cakap "biarlah org nk buat jahat pada kita,asalkan kita x buat jahat pada dorang..Allah ada untuk membalas semuanya"...
runtun hati tatkala mendengar nasihat dari seorang insan bergelar ibu...
jika ikutkan hati yg dihasut syaitan aku merasakan aku x mampu utk bertahan...berkat nasihat seorg ibu...aku bersyukur ya Allah....
alhamdulillah Kau selamatkan aku dr 
tipu dayanya...


apalah erti hidup berdendam sesama manusia hanya akan membinasakan diri sendiri...Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya berdendam sesama sendiri apatah lagi jika
sesama Islam...
andai dendam itu bermaharajalela dihati,sesungguhnya apalah erti hidup ini...
mengharapkan redha Ilahi tapi dihati penuh dendam sesama manusia...


 Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan(pelamin masing2).Al Hijr ayat 47.


wahai hati....
hilangkan lah perasaan dendammu itu...
lahirkanlah kasih sayang kepada mereka.......
padamkan api kemarahan....
suburkan cahaya kegembiraan dan kecintaan kepada mereka.....
mereka saudaramu....


wahai hati.....
pujuklah hatimu menerima kemaafan mereka....
sedangkan Rasulullah yg agung itu mengampunkan umatnya...
apatah kau yg hanya insan biasa ini....


wahai hati....
andai kau tahu bahawasanya dendam itu
akn merosakkan dirimu...akn mengotorkan dirimu.......
kau sucikan lah dirimu dengan beristighfar dan memohon kemaafan padaNya...
menerima dan memaafkan kesalahan mereka....


"hati"


aku bersalah ya Allah kerana berdendam...
aku bersalah ya Allah kerana tidak memaafkan saudaraku.....
ampunkn aku Ya Allah....
aku ingin masuk ke syurgaMu...
aku ingin menjadi hambaMu yg taat padaMu ya Allah....
maafkan aku....terimalah taubatku....




"tiada Tuhan yg layak disembah melainkanMu...Mah Suci Ya Allah...
sesungguhya aku telah menzalimi diriku sendiri"












Kembali Dari Kesunyian yg Sementara....................

Begitu lama tidak menziarahi blog krn keadaan yg tidak mengizinkan...terasa keinginan hati yg membuak2 untuk mencoret sesuatu disepanjang kesuyian sementara ini tetapi apa yg kita mampu sebagai hambaNya...hanya merancang tapi Dia lah penentu segalanya...

meniti kehidupan yg adakalanya dipenuhi galak tawa bersama2 rakan...bila sendirian terasa diri ini terlalu hina disisiNya kerana terlalai drp mengingati Nya...semoga kita sentiasa di dalam redhaNya...amin...

di satu ketika minda bergerak memikir setiap luahan rakan2 tentang banyak perkara tetapi yg paling disukai tentang "CINTA"...

mereka berkata....
"kenapa tak nak bercinta?kita akn merasa bahagia bila ada insan yg menyayangi kita,mengambil berat akn kita...saya pun gembira bila saya dpt menyayangi dia"



hati ini berbicara bila lidah kelu untuk berkata2....
"alangkah indahnya bila cinta dan kasih itu diletak pd tempat yg selayaknya iaitu Allah dan Rasulullah s.a.w...
andai terleka ada yg mengingati...andai terlalai Dia sentiasa ada untuk kita taat sujud padaNya...Dia yg sentiasa setia disisi kita tp adakalanya manusia itu sendiri yg terlupa untuk setia pada yg satu...melupakn tugas sebagai khalifah di bumiNya...




Asyik mencari keseronokan dunia sehingga terlupa kemanisan syurga sedang menanti...aku menulis bukan untuk berbangga aku berjaya menolak cinta dunia tapi aku menulis kerana aku mahu menjadi pengingat kepada mereka yg terlupa kerana andai satu hari aku terlupa ada yg mengingati aku.....aku mahu kita saling ingat mengingati kerana aku tahu setiap manusia kadangkala tidak terlepas dari melakukan khilaf.....

"semoga aku,kamu,kita sentiasa didalam redhaNya"
Amin Ya Rabb


Sunday, February 6, 2011


Doa Rabiatul Adawiyah :
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."


Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
cintakan diriMu
dan cinta kerana Engkau patut dicintai.
Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,
dan itu hanya milikMu