Melangkah hampir sebulan 1432 hijrah...2011 mulaku layari. Apa khabar agaknya diri aku setakat ini?
Apa khabar agaknya hati aku setakat ini? Mahu berbicara mengenai diri....diri sudah berkata tanya sama hati..
apa kata hati??bila hati berbicara..." hati ini sensitif..bila sakit dan bila ada virus merebak,habislah diri...tapi hati berkata lagi..."apa nak takut???Allah kan ada...Allah boleh lindungi aku,Allah menyayangi aku, sabarkan diri...supaya diri x risau dan gelisah....inshaAllah diri tak merana selagi Dia ada....ada di mana eh??? "HATI"
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim)
HATI??
ya...hati penentu segalanya....
hati aku kata....
Aku nak jadi lebih baik tahun ni!!hati...
aku nak jadi hamba yg mengikut perintahNya!!hati...
aku nak jadi anak yang solehah!!hati...
aku nak jadi manusia yg boleh memberi manfaat kpd manusia lain!!hati...
semua itu bergantung kepada hati...
hati memulakan semuanya....
bila ku hijrah hatiku...
mengharapkan sinar keikhlasan muncul dari hati....
menghijrahkan diri dari yg baik kpd lebih baik itu adalah sepatutnya...manusia sememangnya inginkan yang terbaik untuk diri tetapi cuba kita sama-sama buat check list hati kita...layakkah kita menjadi terbaik jika hati itu dijangkiti virus yg merbahaya?bagaikan berjumpa harimau di hutan rimba...hendak lari tapi tercari-cari jalannya..
semoga hijrah kita mendapat keredhaan MU...
semoga hijrah hatiku memberi kesenangan kepada diri...
semoga hijrah hatiku memberi kegembiraan buat mereka....
No comments:
Post a Comment