Friday, January 7, 2011

kisah aku dan dia......


Imam Syafie ada mengatakan: 

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan."



mencari teman sejati sememangnya susah. Tetapi bila sudah mendapatinya kita mungkin akan melukakannya tanpa kita sedari. Wahai sahabat...andai aku membuat khilaf padamu maafkan aku. Aku manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Maafkan andai perbuatanku membuatmu terluka. Maafkan aku andai kata-kataku menyakitimu.






Sahabat....aku bukan yang terbaik dikalangan sahabatmu tetapi aku cuba akan menjadi lebih baik dari mereka kerana tanpamu sahabat aku kadangkala hilang arah. Tanpamu sahabat aku tiada tempat mengadu selain Dia.
Sahabat...berilah aku sedikit ruang di hatimu supaya aku bisa sentiasa menjadi sahabat dalam hidupmu...




Semoga Allah meredhai persahabatan yg dibina keranaNya....... Amin Ya Rabb....

No comments:

Post a Comment