Thursday, December 16, 2010

Mari Berpuasa.........


Dalil Puasa di hari Ashura.


Daripada Ibnu Abbas (ra) berkata;
“Apabila Nabi (saw) tiba di Madinah, maka Baginda (saw) melihat orang Yahudi berpuasa ‘Ashura, maka Baginda (saw) bertanya, “Apakah (amalan) ini? Mereka menjawab; “Dia adalah suatu hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa (as) dan kaum Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, maka Nabi Musa (as) pun berpuasa kerananya.  Maka Nabi (saw) pun bersabda; “Aku lebih berhak berbanding kamu terhadap Musa (as).”  Maka Rasulullah (saw) pun berpuasa pada hari itu dan menyuruh umatnya berpuasa sama.” (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Musa al-Asya’ari (ra) berkata;
“Adalah pada hari ‘Ashura, orang-orang Yahudi menyambutnya dengan menjadikannya suatu hari raya. Nabi (saw) bersabda, “Maka hendaklah kamu berpuasa ‘Ashura. (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Umar (ra) berkata;
“Sesungguhnya ‘Ashura adalah satu hari daripada hari-hari Allah, maka sesiapa yang mahu, berpuasalah dan sesiapa yang mahu, bolehlah dia tidak berpuasa. (HR Ahmad dan Muslim)



Puasa Penebus Dosa.

“Berpuasa pada hari ‘Arafah menghapuskan dosa-dosa dua tahun, setahun yang lalu dan setahun akan datang, manakala puasa ‘Ashura menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.” (HR Jama’ah, Bukhari dan at-Tirmizi)


Untuk manfaat kita bersama. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment